AtandanAbu,Abu dan Atan,Islam,Melayu,Malaysia,karkun,tabligh,tarekat,abang karkun,brader bus stand,wali, karomah,keramat,ghash,karkuzari,khususi,Rembau,Seremban,Pedas,Paya Besar Pedas,agama,kepercayaan,Ustaz,ulamak,3H,40H,4B,BBNJ,zikir,fadhail amal
Macamana kita boleh terus hidup dalam kepura-puraan? Pagi suci dengan taubat pada malam tadi, menjelang tengahari kita dah kotor, bergelumang dalam dosa hingga rasanya dah tiada lagi jalan untuk kembali ke sesuci pada masa kita mula pagi tadi. Tak usah cakap apa yang berlaku pada petang, senja dan malam...
Macamana nak bawa Al-Quran yang sering diulang-ulang bacaan, terjemahan, syarahan serta kupasannya itu ke dalam kehidupan seharian?
Macamana nak terus berada dalam 'ibadah' sepanjang hari, walau bukan berada di tikar sejadah, jika di setiap langkah, ada saja ujian dan cabaran yang mengganggu kosentrasi kita terhadap iman, bahkan syahadah? Macamana kita nak terus dalam zikrullah jika mulut kita terdedah kepada caci maki tatkala memandu di jalanraya?
Macamana kita nak terus rasa, bahkan tenggelam dalam tumpuan, bahawa tuhan itu ADA? Dan Dia Maha Pemurah lagi Maha Bijaksana. Dan Dia sentiasa Melihat ke dalam jiwa kita, tertanya-tanya sama ada kita ingat pada Nya, pada ketika ITU?
Macamana?