Thursday, June 28, 2012

Atan Dan Abu kini dalam E Book!

AtandanAbu,Abu dan Atan,Islam,Melayu,Malaysia,karkun,tabligh,tarekat,abang karkun,brader bus stand,wali, karomah,keramat,ghash,karkuzari,khususi,Rembau,Seremban,Pedas,Paya Besar Pedas,agama,kepercayaan,Ustaz,ulamak,3H,40H,4B,BBNJ,zikir,fadhail amal

Apakah erti menjadi seorang Melayu pada era millenium?
Apakah erti menjadi seorang MUSLIM di akhir zaman?


Dunia semakin mencabar. Dari segi material dan juga spiritual. Tak cukup dengan itu, masyarakat sekeliling pula disogok dengan perkara-perkara yang melekakan kita dari apa yang patut kita lakukan. Akibatnya kita sering tersedar setelah ada yang marah-marah, atau tatkala ia sudah terlambat.


Disamping itu, kita ada bebanan tanggungjawab, gaya hidup serta cita-cita yang perlu dilaksana dan dikejar. Kita tak mampu untuk duduk-duduk saja kerana semuanya sedang bergerak ke depan dan dalam dunia globalisasi, siapa cepat dia dapat. Hak hanyalah propaganda yang dilaungkan tatkala berdemonstrasi.


Dan dalam lanskap ini, terdorong dek kengkawan kat kilang yang sering bercerita pasal wali-wali, hero kita yang telah mempunyai pekerjaan yang baik, keluarga yang bahagia, serta hampir segala-galanya, telah mengambil keputusan untuk memulakan pengembaraan spiritual dengan join beberapa kumpulan tarekat.


Niat ialah nak mendekati para guru tarekat ini untuk mengenalpasti sama ada mereka itu wali atau tidak.


Namun, apa yang dia temui adalah lebih dari apa yang dia cari...

No comments:

Post a Comment